Butiran Aktiviti

Paparan terperinci bagi satu aktiviti beserta galeri bergambar.

← Kembali ke Senarai Aktiviti
Koleksi Khas Jawi UiTM raih minat pelajar Universiti al-Azhar
Cover
Aktiviti Sejarah
Maklumat aktiviti
Tarikh
09 Jul 2024
Keterangan aktiviti
  • Tarikh: 9 Julai 2024 / 3 Muharram 1446 (Selasa)
  • Tempat: Bilik Mesyuarat Utama, Aras 3, PTAR UiTM Shah Alam
  • Masa: 4:00 petang 

Nama Pelajar: Muhamad Nur Aiman bin Mohd Zuki, Sarjana Muda Usuluddin (Akidah dan Falsafah) 

Ringkasan: 

Pembangunan Koleksi Khas Jawi@UiTM oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) telah meraih minat saudara Muhammad Nur Aiman sehingga mendorong beliau melawat dan berkongsi pengetahuan mengenai naskah yang dipamerkan.

Ketua Pustakawan Ts Haji Azizi bin Haji Jantan telah melapangkan masa menyantuni pelajar tersebut. Hadir sama Puan Shahidatul Akhmam Rambeli, Puan Nurul Aida Noor Azizi dan Encik Mohd Alfarabie Mohd Nasir. 

Saudara Muhammad Nur Aiman sedang menjalani Latihan Sangkut di Jabatan Arkib Universiti dari 10-15 Julai (5 hari) bagi mendalami proses penjilidan. 

Pautan

Galeri aktiviti
Galeri
Galeri
Galeri