Butiran Aktiviti

Paparan terperinci bagi satu aktiviti beserta galeri bergambar.

← Kembali ke Senarai Aktiviti
Pelajar Baharu UiTM Melawat Koleksi Khas Jawi PTAR
Cover
Aktiviti Sejarah
Maklumat aktiviti
Tarikh
04 Oct 2025
Keterangan aktiviti

Pelajar Baharu UiTM Lawati Koleksi Khas Jawi PTAR

Tarikh: 4 Oktober 2025

Sebagai sebahagian daripada pengisian Minggu Destini Siswa (MDS) 2025, pelajar baharu UiTM berpeluang mengunjungi Koleksi Khas Jawi di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam. Lawatan ini menjadi salah satu aktiviti pengenalan yang bertujuan memperkenalkan pelajar kepada khazanah warisan ilmu dan budaya Melayu-Islam yang dipelihara di perpustakaan universiti.

Sepanjang lawatan, para pelajar didedahkan kepada naskhah manuskrip klasik, kitab Jawi, dan bahan persuratan ulama Nusantara yang bernilai tinggi. Sesi ini turut memberikan penerangan tentang usaha PTAR dalam pendigitalan dan pemeliharaan bahan Jawi melalui Repositori Persuratan Jawi, sebagai pusat rujukan digital bagi penyelidik dan masyarakat.

Inisiatif ini bukan sahaja menanam rasa cinta terhadap ilmu dan warisan bangsa dalam kalangan pelajar baharu, malah memperkukuh peranan PTAR sebagai pusat ilmu dan budaya yang terus relevan dalam arus pendidikan moden.

Galeri aktiviti
Galeri
Galeri
Galeri